5 Rahsia Dapatkan Jawlines Tajam Menghiris


H. | 02-04-2020


Seperti sudah menjadi kewajipan bagi pengguna media sosial hari ini, setiap kali ingin memuat naik foto masing-masing, mereka seboleh-bolehnya akan cuba menonjolkan jawlines masing-masing agar dapat menghasilkan foto yang mampu menarik perhatian.

Namun ika tersalah angle, mungkin bukan jawlines yang kelihatan, sebaliknya double chin yang lebih menonjol.

Di sini kamu kongsikan senaman muka yang sangat mudah dan hanya mengambil masa selama tiga minit sahaja khas untuk mendapatkan jawlines yang tajam! 

1. Kunyah chewing gum

Hanya dengan mengunyahchewing gum sahaja pun boleh memberikan anda jawlines. Pertama sekali dapatkan apa-apa sahaja jenama dan perisa chewing gum pilihan anda. Cara mengunyah chewing gum yang betul adalah mulakan dengan bahagian kanan mulut sebanyak 10 kunyahan.

Kemudian, bahagian depan mulut dan kiri mulut. Setiap bahagian itu lakukan 10 kunyahan juga. Lakukannya berulang kali sebanyak tiga set. Anda pasti akan rasa ketegangan pada tulang rahang anda selepas melakukannya.

2. ‘Bubble face’

Senaman kedua ini digelar ‘bubble face’. Caranya, penuhkan mulut anda dengan udara. Kemudian tolak udara itu kebahagian hadapan mulut dalam keadaan mulut yang bertutup selama 10 saat. Ulang perkara yang sama ke bahagian kiri dan kanan mulut. Lakukannya sebanyak 6 set sehari untuk mendapatkan result yang maksimum.

3. Senyum

Ini senaman paling mudah. Anda hanya perlu senyum. Senyum seluasnya selama 10 saat dan lakukannya sebanyak 10 set. Ia pasti akan memberi anda jawlines yang diinginkan.

4. Buka mulut seluas-luasnya

Senaman keempat ini juga mudah tetapi agak terasa sedikit lenguh pada rahang. Caranya tutup dan buka mulut seluasnya dalam keadaan pergerakan mendonggak ke atas. Lakukan juga pergerakan buka dan tutup mulut itu ke sisi kiri dan kanan muka. Untuk permulaan boleh lakukan sebanyak 20 pergerakan buka dan tutup mulut setiap arah iaitu atas, kiri dan kanan sebanyak 2 set.

5. Senaman huruf vokal

Lakukan senaman ini dengan pergerakkan mendongak ke atas, buka mulut seluasnya sambil menyebutkan huruf vokal. Lakukannya selama 10 saat sebanyak 6 set.

Inilah antara senaman yang sangat mudah tanpa mengambil masa yang lama tetapi mampu memberi anda wajah tampan dengan jawlines seperti model. Selamat mencuba!

Sumber: Sinar Plus