Sudah Bersediakah Sekiranya Lockdown Atau Kuarantin?


SY | 16-03-2020


Semakin hari keadaan outbreak Covid-19 nampaknya semakin serius. WHO pun dah declare sebagai pandemik. Semakin banyak negara dah kuatkuasakan perintah berkurung atau lockdown…terbaru ni Milan dan Denmark. Itali? Satu negara terus lockdown.

Risau tak tahu apa yang akan terjadi. Mungkinkah negara kita akan ada lockdown juga nanti? Kalau tak lockdown pun, tapi kena kuarantin di rumah camna? Anything is possible.

Hmm.. dalam nak situasi macam ni, yang penting ialah jangan panik! Kerana panik boleh mendatangkan keburukan, contohnya panic buying sampai bergaduh gaduh tu. Tapi..walaupun jangan panik, eloklah ada sedikit persediaan untuk hadapi sebarang kemungkinan. Especially kalau kat rumah tu ramai orang – anak-anak dan mak ayah dok sekali ke kan.

Tapi..nak sediakan apa? Well yang penting kena ada stok di rumah tentulah bahan-bahan asas dan kegunaan harian seperti makanan, air, ubat-ubatan dan toiletries. Banyak mana dan apa yang nak disimpan adalah bergantung kepada siapa dan berapa orang dalam rumah korang tu.

 

Makanan Apa Nak Simpan?

Sebaiknya untuk stok makanan pilih apa yang korang memang suka makan, supaya tak akan membazir sebab kalau tak dak lockdown pun korang akan makan gak nanti.

Jangan simpan stok sampai berbulan-bulan tak guna langsung, nanti expired membazir ja. Sebaliknya amalkan lah FIFO atau ‘First In First Out’, maksudnya gunalah barang-barang tu ikut yang mana beli dulu habiskan dulu atau ikut expiry date.

 

Guna stok yang ada dan top-up balik dengan barang baru. Pastikan stok tak susut, just guna dan ganti yang baru dengan jumlah yang sama. Untuk permulaan biarlah ada stok sekurang kurangnya untuk kegunaan 2 minggu, pastu tambah laa lagi ikut keperluan dan kemampuan.

Kalau korang tak dak idea apa makanan nak prepping atau buat stok, boleh rujuk senarai di bawah ni. Mama copy paste dari salah satu post di group Malaysian Preppers kat Facebook.

7 bahan asas yang mesti ada. Pilihannya terpulang kepada anda:

1) Karbohidrat
Beras (nasi, tepung, bihun)
Gandum (bijirin, tepung, pasta dan mee)
Oat (steel cut, rolled)
Jagung (bijirin)

2) Kacang dan kekacang
Kacang (almond, hazel, gajus, macadamia, berangan, pistachio, kacang parang)
Kekacang (kacang tanah, pis, lentil, kacang hijau, kacang merah, dal, soya, asam jawa)

3) Susu dan hasilnya
Susu tepung (penuh krim, rendah lemak, kalsium tinggi)
Susu UHT (stabil pada suhu bilik)
Keju (keras: parmesan, cheddar, edam, gouda, provolone, gloucester, lembut: brie, haloumi, feta, roquefort)

4) Daging
Ikan (tin, kering, salai)
Ayam (tin, salai, serunding)
Lembu (tin, salai, serunding, jerky, sosej)
Kambing (tin, salai, serunding)
Arnab (salai, jerky, serunding)
Itik (tin, salai, serunding)
Sotong dan udang (tin, kering)

5) Lemak
Minyak sawit
Minyak kelapa
Minyak zaitun
Ghee
Marjerin
Mentega (tin)
Santan (serbuk, kotak)

6) Buah dan sayur
Cendawan (kering, tin)
Kobis (sauerkraut, kimchi)
Labu (segar, tin)
Keledek (segar, tin)
Kurma (kering, beku)
Kismis (kering)
Zaitun (tin)
Rumpai laut (nori)
Tomato (kering, tin)
Laici (tin)
Mata kucing (kering, tin)
Nenas (kering, tin)
Cranberries (kering, sejuk beku)

7) Rempah, perasa dan perisa
Gula (pasir, perang, kabung, melaka)
Garam (laut, bukit, beriodin)
Cuka (asli seperti epal, tebu, beras, atau buatan – asid)
Madu
Serbuk kari, kurma, opor, sup
Bunga lawang, cengkih, lada hitam, kulit kayu manis, buah pelaga, buah keras, buah pala, ketumbar, biji sawi
Kicap, sos tomato, sos cili, mayonis, wasabi,
Puri tomato

Biskut, keropok, coklat, maggi pun simpan laa gak sebagai ‘comfort food’. Masa tengah stress terperap kat rumah tu, benda camni boleh gak buat rasa happy dan tenangkan diri kan. Special treat gitu hehehe

Selain daripada makanan tu semua, simpan stok gas untuk memasak gak tau. Kang makanan berlambak, gas takdak…haaa camna nak masak?

Air Bersih Sangat Penting!

Air bersih pun jangan lupa simpan gak, mana laa tau tiba tiba bekalan air terputus ka kan. Daripada apa yang Mama baca, anggaran kegunaan ialah 1 gallon air sehari untuk seorang. 1 gallon tu lebih kurang 4 litre. Jadi kalau ada 4 orang dalam seisi rumah, maka simpanlah 4 gallon air untuk sehari guna.

Untuk simpan air carilah bekas yang sesuai dan ‘food grade’ yang selamat digunakan. Daripada apa yang Mama baca…bekas plastik HDPE ok untuk simpan air. Kalau nak senang, beli ja air mineral dalam botol tu, dah konpem botol air mineral tu adalah ‘food grade’ kan.

Ubat Jangan Lupa!

Yes…ubat pun penting untuk simpan stok. Simpan lah stok ubat ubat biasa guna macam ubat demam, ubat batuk, ubat sakit perut, ubat allergik, minyak angin dan macam macam lagi lah ikut keperluan masing masing. Terutama sekali kalau ada perlu ubatan khas, macam Mama ni ada asma jadi kena simpan stok ubat asma dan puff inhaler juga.

Toiletries

Simpan gak toiletries macam sabun mandi, ubat gigi, syampu, pencuci muka, deodoran dan lain lain ikut keperluan masing masing. Kalau ada anak anak kecil, simpan stok pampers. Dan untuk kaum wanita, pad jangan dilupa. Kang time ABC tu haruuu kalau pad takdak hehehe.

Ohhh yaa…selain daripada makanan, air, ubat semua tu, buat persediaan untuk mental dan spiritual gak. Kalau terpaksa terperap dalam rumah tak leh pi mana, kena lah ada aktiviti untuk buat dirumah gak kan.

Lagi satu…yang sangat penting buat masa sekarang ni ialah jaga kebersihan diri, practice good hygiene lah omputih kata. Kerap basuh tangan, kalau batuk atau bersin pastikan tutup mulut. Kalau tak sihat jangan lah pergi ke tempat yang ramai orang dan banyak lagi lah cara-cara pencegahan, elok lah korang follow Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia untuk ikuti maklumat dan panduan.

Apa apa pun, just be safe ok? 😉

 

kredit : Mama Kembar Tiga