Di sebalik kekayaan Jutawan Kosmetik


RAMAI yang terkejut dengan kekayaan para jutawan kosmetik tanah air seperti Datuk Vida @ Qu Puteh, Datuk Alif @ Terlajak Laris dan Rita Datuk Sosilawati seperti yang tersiar dalam Astro. Itu belum campur taukeh Sendayu Tinggi, taukeh Natasya dan ramai lagi barisan jutawan kosmetik di negara ini. Ramai yang macam tak percaya, takkan boleh kaya dengan hanya jual ubat kurus dan ubat putih?

 

Hakikatnya ramai yang tidak tahu, perniagaan sebegini adalah antara yang paling menguntungkan, bukan saja di Malaysia tetapi seluruh dunia! Di Malaysia saja lima tahun lepas, Asia-Pacific Cosmetics and Toiletries Market Overview melaporkan pengguna di Malaysia menghabiskan RM1.6 bilion setahun terutama bagi produk kecantikan kulit. Itu lima tahun lepas. Sekarang? Pepaham sendirilah.

 

 

 

Kita mungkin tak pernah nampak orang minum Pamoga, orang telan D’Herbs, pakai lipstik Nouvelles Visages - hakikatnya korang nak tahu tak betapa mereka menjana pendapatan setiap minit, setiap jam walaupun ketika mereka sedang tidur!

 

 

Rahsianya? Market mereka golongan pertengahan dan bawahan yang tak mampu nak beli produk mahal dari luar negara. Itu dah confirm, beb. Dari mak datin sampai minah kilang pakai produk diorang. Ramai juga ingat taukeh kosmetik kita ni beli barang dari Bangla dan China kemudian repackaging balik. Mungkin betul, tetapi lately ni banyak taukeh kosmetik tempatan dah mula guna barangan herba dan produk halal.

 

Kat Malaysia ni bercambah bahan semula jadi. So, diorang dah tak payah bergantung sangat dengan barangan luar negara. Lebih murah! Ramai juga jutawan kosmetik ni dah buat kilang sendiri, so diorang dah boleh hasilkan produk mereka sebanyak mana yang mereka mahu seterusnya memaksimumkan keuntungan, bro!

 

Itu belum campur yang buka francais dan beribu pengedar kecil serta downline yang mereka lantik di segenap pelusuk bandar, pekan, desa, kampung... Sebab itu aku kata, depa tengah tidur pun duit beranak-pinak! Lebih luck lagi, kerajaan banyak sediakan geran, dana, peluang untuk bantu para peniaga ni. Apalagi... sebatlah! Lagi mau tunggu ka?

 

Tetapi yang paling penting, mereka ada persamaan - KEAZAMAN DAN KESUNGGUHAN. Majoriti pengusaha kosmetik yang jutawan ni asal dari orang susah, isteri yang diceraikan suami, takde pelajaran tinggi... So diorang ni BANGKIT dan berusaha all out agar dapat keluar daripada kisah sedih diorang. Ujian yang mereka lalui bukan mudah. Ada yang emaknya diculik dan dibunuh kejam, ada anaknya yang mati dalam kebakaran, ada yang habis harta benda kena lelong. Bukan ujian biasa-biasa yang Allah bagi dan nampaknya mereka langsung tak menyerah kalah begitu saja, beb. Mereka redha dan pada masa yang sama mereka bangun. Mereka fighter!

 

 

 

So, daripada kita dok simpan persepsi bukan-bukan pasal diorang, baik kita tengok balik diri kita. Kita ni cepat puas, tak nak langsung tempuh risiko, lebih selesa kerja 9 sampai 5, kena buat overtime sikit merungut, kena kejar dengan bank dah pucat lesi, untung lebih sikit berlagak... Ya, Rabbi! Bila dah mula pakai tie, dah tak nak makan tepi jalan. Baru naik pangkat sikit, dah mula nak tunjuk power. Ada kuasa sikit, nak menongkah langit. Ada duit lebih sikit, terus ego dan tak nak dengar pandangan orang. So, lupakanlah nak jadi macam Datuk Vida, Datuk Alif Syukri dan Rita Datuk Sosilawati. Yang kita mampu akhirnya hanyalah cipta persepsi dan simpan hasad dengki jelah.

 

Korang kutuklah dia perasan putih ke, dia lembut macam pondan ke, dia tumpang harta arwah mak dia ke... Yang pasti mereka dah nak capai ‘bulan’, kita jelah terus jadi penonton, itupun kena bayor Astro baru boleh tengok kekayaan diorang. Aku tak cakap korang, aku tengah nasihatkan diri aku. Jangan sentap lebey-lebey, perghhh!

 

Petikan dari buku Kriminal penulis Syahril A. Kadir

 

BUKU BERKAITAN