Siapa Santa Clause?





Anak aku yang darjah empat pula ada bertanya, kenapa kanakkanak agama kristian dapat hadiah dari Santa Clause? Siapa Santa Clause? Siapa pak cik berjanggut putih dan perut boroi yang menunggang kereta rusa dan bawak hadiah keliling dunia pada hari lahir Nabi Isa?

Anakku, masa ayah kecik, ada budak kristian ‘dakyah’ ayah tentang kebenaran agama mereka, iaitu pada setiap kali krismas, dalam stokin besar yang digantung pada pokok krismas atau pokok fir, ‘Santa Clause ‘akan datang dan bagi hadiah berupa barang permainan yang mahal-mahal kepada budak-budak kristian yang baik hati.

Waktu tu kalau tak silap, ayah dalam darjah dua, tapi BS detector ayah dah bagitahu bahawa semua itu mitos. Tapi sebagai budak kecik, ayah tak dapat nak buktikan pada budak kristian tu. Sebaliknya mereka pulak yang tayang permainan mahal buat air liur ayah meleleh.

Walaupun ayah budak miskin, tetap ambil tahu tentang permainan seperti M.A.S.K. (Mobile Armored Strike Kommand) yang mana lori, kereta, helikopter dan sebagainya yang boleh bertukar menjadi kenderaan tentera, atau Silverhawk yang ada sayap kat ketiak, atau Kapten Futures, Transformers, Ninja Turtles, ThunderCat, Hot wheels dan macam macam lagilah.

Tapi bila ayah check harga kat kedai, semuanya RM50 ke atas, oh… terpaksalah ayah lupakan. Ayah budak miskin, duit poket ke sekolah hanya 50 sen, dan setelah kumpul selama dua minggu berjimat cermat belanja kat sekolah baru dapat beli “DING DANG”. Dapatlah main dengan bola terbang, tangan getah, kipas ajaib, gasing berapi dan sebagainya. Nampaknya, Mat Sentol dah jadi ‘Santa Clause’ ayah…

Anakku… korang ingat tak tiga tahun lepas? Ayah janji nak bagi hadiah special waktu tu jika periksa dapat nombor satu. Sekali korang dapat betul, dan ayah planning nak bagi basikal. Ayah pun cucuk duit dalam RM150 nak beli basikal untuk Abang A. Tapi sebelum tu, biar A buat keputusan apa hadiah yang dia nak... dan korang tahu apa yang Abang Anak?

Optimus Prime yang boleh bertukar dari lori kepada robot, ayah tengok kat kedai. Harga RM50, basikal RM150. Hmmm, ni dah jimat RM 100. Lalu ayah tanya lagi, betul ke tak nak basikal? A cakap, ayah bukan bagi pun main kat luar lama-lama.

Ayah belilah Optimus Prime… dan untuk Adik K, ayah belilah Bumblebee, (Harga RM20) Ayah pun fikir sambil seluk poket meraba duit. Kalau ayah beli basikal, nanti kena beli dua dah RM300 sebab adik korang pun nak. Oh, tidak! Kena beli empat, sebab adik beradik ada empat orang semuanya.

Okey, ayah belikan korang Optimus Prime dan Bumblebee… jimat RM230. Korang yang nak, bukan ayah nak berjimat ke apa? Tapi jika dibandingkan zaman ayah dengan mainanan TORA (RM1) atau DING DANG (50 sen) oleh Brother Mat Sentul, korang jauh lebih beruntung. Akhirnya ayah belikan, dan dapatlah jugak ayah tumpang bermain sebab masa kecik dulu tak sempat main, woha!

Okey, berbalik kepada agama kristian yang mana budak-budak mereka dapat hadiah di Hari Krismas, korang dah bertanya, siapa Santa Clause? Siapa pak cik berjanggut putih dan perut boroi yang menunggang kereta rusa dan bawak hadiah keliling dunia.

Itu semua mitos wahai anak ku. Mereka pun tahu, dah jadi adat sahaja dalam perayaan mereka, tak ada kena mengena dengan hari kelahiran Nabi Isa.

Kita pun tahu, Nabi Isa lahir kat negara yang panas, padang pasir dan di bawah poko kurma! Patut jika orang kristian nak sambut krismas, mereka kena hias dengan pokok kurma, barulah ada kaitan dengan hari lahir Nabi Isa, atau jika susah nak dapat pokok kurma, guna pokok zaitun atau pokok kaktus pun boleh. Masih ada unsur padang pasir.

Tapi tak! Seluruh dunia, bila nak rayakan krismas, mereka hias pokok fir dan salji palsu. Patut mereka jika nak beraya buatlah macam raya orang Islam. Orang Islam Malaysia beraya dengan bakar lemang dan rendang, orang Islam di India beraya dengan makan roti tempayan atau roti nan, orang Islam di arab dengan Nasi kurma, dan lain-lain. Tak salah pun nak beraya, tapi ikutlah adat masing masing. Kenapa nak kena hias pokok fir dan salji tiruan? Kenapa hari krismas nak kena makan coklat?

Kesian juga, sebab Santa Clause tak sesuai pakai baju sejuk yang tebal dan bewarna merah di negara Malaysia, panas! Kereta rusa juga tak sesuai, patut naik kereta lembu, baru ada ciri Malaysia, dan tak salah jika Santa Clause pakai baju cekak musang dan bersamping… ho ho ho!

Jadi itu semua mitos, Santa Clause tiada kena mengena dengan Nabi Isa, macam orang Islam sambut hari raya buat ketupat dan lemang, tak ada kena mengena dengan Nabi Muhammad SAW tapi tak salah sebab budaya melayu.

Ayah baca di internet terdapat tentangan dari sesetengah penganut agama Kristian yang mendakwa bahawa tradisi Santa sangat menyimpang daripada asal-usul keagamaan dan tujuan sebenar Krismas. Mereka yang lain pula merasakan bahawa Santa Claus ialah satu pembohongan yang besar, dan adalah tidak beretika untuk ibu bapa mengajar anak-anak mereka mempercayai kewujudan Santa. Ada juga yang menentang Santa Claus sebagai lambang pengkomersialan perayaan Krismas, atau suatu pencabulan terhadap tradisi kebangsaan mereka. Macam ayah cakap tadilah.

Last, ayah petik satu fakta berkenaan logik Santa Clase (Wikipedia), berbunyi begini:-

“Jika Santa Clause sanggup hantar mainan kepada semua kanak kanak di seluruh dunia, maka Santa memerlukan 31 jam untuk menyempurnakan lawatan bagi keluasan dunia 212,030,000 batu (341,230,000 km) yang memerlukan kepantasan 6,650,000 batu per jam (10,700,000 km/h) atau bersamaaan 3,000 ganda kelajuan bunyi (nearly 200 times the speed of the Voyager 1 spacecraft, the fastest man made object).

Dan andaikan setiap kanak kanak menerima hadiah dengan anggaran purata dua pounds setiap seorang, maka kereta rusa perlu diisi dengan hadiah seberat 321,300 tons. Di ketahui, seekor rusa hanya boleh menarik 300 pounds (140 kg) sahaja, maka Santa memerlukan 2.1 juta ekor rusa! Dan jumlah tenaga sebanyak 700 exajoules dapat dihasilkan untuk menggerakkan beban sebanyak itu, yang mana bersamaan 11.7 juta bom atom yang satu sahaja cukup untuk menghancurkan seluruh Hiroshima!!”

Woha!

Anakku, habis sampai sini, Jangan selaki kali korang berani panggil ayah dengan gelaran “Santa” walaupun janggut ayah sudah putih dan perut memboroi… Ho Ho Ho!

 

*****

Banyak lagi kisah-kisah menarik hasil buah tangan Hamka Kereta Mayat di dalam buku Kisah Anak Bini. Banyak pertanyaan anak yang di luar jangkaan kita. Kadang-kadang soalan pelik, silap haribulan salah jawab… naya beb! Sebelum ini buku beliau Kisah Laki Bini pernah viral dan merupakan naskhah Bestseller dan terjual hampir 10 000 unit.

BUKU BERKAITAN