Paris bukan kota romantis?


Paris merupakan salah satu destinasi yang diidam-idamkan dan wajib oleh pasangan yang baru kahwin. Terkenal dengan nama ‘kota romantis’ pasti pernah muncul di mana-mana kava televisyen yang memperlihatkan keindahannya.

Namun, kenyataan ini di sangkal oleh Azlan Andi, yang pernah melanjutkan pelajaran di United Kingdom. Beliau mempunyai detik-detik hitam kita berada di Paris.

**********************************************************************************

Tinggal lagi dua helaian terakhir bekalan Saba pada ketika itu sampulnya sudah pun lunyai. Hampir tidak kelihatan tulisannya. Sehelai adalah bukti tempahan hostel dan sehelai lagi bukti tempahan bas dari Paris ke London.

Aku meneliti dalam gelap helaian pertama untuk membaca alamat hostel tersebut tiba-tiba ada cahaya menyuluh pada helaian di tanganku. Aku pun toleh, rupa-rupanya si lelaki bengis itu menggunakan handphonenya sebagai lampu suluh untuk aku membaca. Terharu pula rasanya! Tak sangka lelaki bengis itu baik orangnya.

Dia menghulurkan tangannya sambil memperkenalkan dirinya.

“I’m Jean-Philippe.” Aku sambut tangannya.

“I’m Azlan. Nice to meet you.”

“Ezlan?” Slang Perancisnya pekat.

“No! Azlan, like Aslan the Lion from Narnia.” Ketawa dia berdekah-dekah.

“Yeah, yeah I know Narnia!” Bermula dari situ sehinggalah ke Paris perjalanan selama empat jam setengah di dalam bas itu kami habiskan dengan bersembang tentang banyak perkara, tentang filem, animasi dan photography.

Walaupun adakalanya aku terlelap ketika dia rancak bercerita dia tetap tidak berhenti. Dia cuma berhenti ketika di RnR dia turun meregangkan otot dan belanja aku air mineral dan roti. Dia begitu teruja kerana dia jarang berpeluang untuk bertutur dalam bahasa Inggeris.

Jean adalah seorang penulis dan jurugambar sebuah majalah tempatan di Paris. Dia ke Brussels atas urusan kerja untuk mengambil gambar di sebuah pameran galeri seni yang berlangsung pada hari itu.

Aku beruntung dipertemukan dengan Jean, sebab sebelum ini kalau aku sampai ke setiap negara aku sudah membuat persiapan bagaimana dan ke mana arah aku tuju, berbeza dengan Paris. Disebabkan insiden di Brussels, aku tidak berkesempatan membuat persediaan, lebih malang lagi ke semua gadgetku sudah kehabisan bateri.

Jeanlah yang membantuku mencari hostelku pada malam itu. Walaupun rumahnya terletak jauh di selatan Paris dia sanggup menemaniku ke hostel yang terletak jauh di bahagian utara Paris. Dia risau akan keselamatanku kerana Paris tidaklah seperti kota eropah yang lain, lebih-lebih lagi pada waktu malam. Akan ada orang yang cuba untuk mengambil kesempatan dan mereka juga tidak suka orang yang bertutur bahasa Inggeris. Sebaik saja sampai di Paris, kelihatan ramai gelandangan di kaki lima. Jalan di sekitar stesen berbau hancing dan penuh dengan sampah.

Aku sangkakan kota romantis itu seindah yang digambarkan di kaca TV tetapi hakikatnya adalah jauh lebih huru-hara dari yang disangkakan. Aku mengikuti Jean, dia menasihatiku untuk survive di kota Paris. Perlu lebih tegas dan agresif, jangan melayan sesiapa pun yang cuba mendekatiku walaupun membalas mereka dengan berkata NO. Teruskan berjalan dengan laju, abaikan mereka. Jean turut menasihatiku untuk membeli tiket unlimited access Zon 1 & 2 Mobilis Pass berharga €6 itu lebih jimat kerana aku akan banyak menaiki train.

Laluan metro di Paris adalah yang terbesar dan paling kompleks di dunia, ianya sangat mengelirukan jauh lebih susah difahami berbanding London Underground. Kami sampai di hostel lewat malam sekitar pukul 11 malam. Selesai check-in aku sangkakan Jean sudah pergi, rupanya dia masih menungguku dan kami duduk di laman hostel sambil dia membuka peta Paris dan merancang itinerari aku untuk esok hari.

Dia tekankan pada aku misi utama aku esok awal pagi adalah lukisan paling terkenal di dunia, hasil tangan Leonardo Da Vinci iaitu Monalisa. Masuk sahaja ke Muse De Luovre jangan pandang benda lain terus berlari ke arah Monalisa, kerana selepas pukul 8 pagi pastinya pengunjung akan berpusu-pusu memenuhi ruangan pameran Monalisa.

Dia begitu ralat sekali kerana tidak dapat menemaniku esok hari atas urusan kerja, jadi dia mengajakku untuk melawat sebahagian dari tarikan utama Paris malam itu juga. Aku hampir pengsan mendengar ajakannya itu, apakah manusia ini tidak mengenal erti penat, sedangkan jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi waktu winter.

Sejujurnya ketika Jean membentang rancangannya untuk aku, langsung aku tidak dapat menumpukan perhatian kerana terlalu mengantuk tapi aku gagahi juga cuba memberikan respon setiap kali dia memberikan cadangan. Akhirnya dia pulang setelah dia puas dengan penerangannya. Dia meminta aku menghubunginya segera sekiranya perlukan bantuan. Dia buat aku rasa lebih terjamin untuk merayau di Paris, hilang saja dia dari pandangan aku segera ke bilik. Tidur!

Keesokan harinya, aku sudah belajar dari kesilapan. Jadi aku pastikan aku check out dulu sebelum aku memulakan misi mencari Monalisa. Sebaik saja tiba di Muse De Louvre, sudah ada barisan yang panjang, pengunjung di scan sebelum dibenarkan masuk ke bahagian kaunter tiket, selesai menyimpan bag di luggage room aku berlari terus ke arah Monalisa dan seperti yang dijangkakan aku adalah antara yang pertama sampai di hadapan Monalisa.

Selain dari aku ada sepasang suami isteri juga di situ. Aku tanya mereka sekiranya mereka mahu aku tolong ambilkan gambar, mereka gembira sekali. Kemudian giliranku pula, aku meniru posing Monalisa, semua yang ada di situ ketawa dan berganjak ke tepi memberi ruang privacy untuk aku dan Monalisa.

Serta-merta ruangan itu jadi meriah, dan beberapa orang turut meniru gayaku tidak semena-mena aku menjadi photographer tidak bertauliah di situ untuk memastikan gaya mereka persis gaya Monalisa. Selesai di situ aku mencari Potret Maryam yang berhijab seperti yang digambarkan dalam cerita 99 cahaya Langit Eropah. Malangnya puas aku mencari tidak pula jumpa. Menurut penjaga yang bertugas terdapat puluhan Potret Marry di situ mungkin saja sebahagiannya sudah dialihkan atau pun dibeli orang…..


Terdapat banyak kisah-kisah menarik di dalam buku Biniku Ninja yang ditulis oleh Azlan Andi. Ini baru separuh. Dan pastinya bab-bab yang lain bakal memecahkan adrenalin anda untuk nak tahu kisah selanjutnya.

BUKU BERKAITAN