Diraba dalam gelap!





Anak-anak aku pernah cuba buang sampah dari dalam kereta ke luar kereta. Akibatnya telah dimarahi oleh aku dan mereka serik buat selama-lamanya.

Aku ada pepatah, biar kereta bersepah, asal jalan raya bersih.

Akibat mengamalkan perbuatan ini, sewaktu memandu, anak mengadu ada lipas besar meraba kakinya.

“Pijak sahaja.” Kata aku.

Tiba-tiba bini menjerit kerana ada benda merayap. “Ini bukan lipas bang.”

Aku abaikan ketakutan mereka sehinggalah kaki aku juga dirabanya.

Kelam kabut aku kawal stereng kereta sebab aku rasa yang merayap tu adalah bapak lipan!

http://buku.karangkraf.com/GaleriGBK/POJOK_342_lakibini1.jpg

“Semua bersila, ayah akan berhentikan kereta sekarang.”

 

Berhenti bawah lampu, aku minta anak-anak keluar dari kereta. Buka semua pintu, dan dari dalam bonet, aku keluarkan penyembur racun serangga. Lepas tu aku sembur di semua bahagian bawah kerusi.

 

Maka keluarlah seekor lipan yang besar merayap dari celah pedal brek kereta, lalu aku terus membunuhnya.

 

Alhamdulillah, tiada siapa yang cedera digigit lipan.

 

Perjalanan diteruskan dengan pesanan kepada anak-anak. Jika makan dalam kereta, jangan sampai tumpah. Kalau nak buang sampah sisa makanan, buang dalam plastik.

 

Waktu memandu kembali sunyi seolah-olah semua trauma dengan kejadian hampir digigit lipan tadi. Belum habis saspen, aku rasa ada lagi sekor lipan yang merayap di lutut kiri.

 

“Ouch! Sial, ada lagi!” Jerit aku sambil tepis lipan yang rasanya lebih besar.

 

Serentak dengan itu juga terdengar bini gelak. Rupanya dia yang kenakan aku dengan cara raba kaki dengan hujung kuku.

 

“Jangan bergurau dengan orang yang sedang memandu sayang oiii.”

 

Adohai…

 

*****************************************************************************

Banyak lagi kisah-kisah menarik dalam buku Kisah Laki Bini. Siapa yang berhasrat ingin mendirikan rumah tangga, amat digalakkan untuk membaca buku ini sebagai ilmu! Tehee…

 

BUKU BERKAITAN