Dari Mana Adik Datang?


Aku rasa, tentu semua ibu bapa di luar sana akan dapat soalan yang sama:

“Bonda? Saya ni datang dari mana?”

Soalan ini mungkin datang sebaik mereka tahu adik mereka sedang tidur dalam perut si ibu dengan melihat perut mak yang sedang mengandung. Tapi mereka nak  tahu, dari mana adik akan keluar? Dari pusatkan? Dari mulutkan? Dari lubang punggungkah? Dari mana?

Dulu pernah dengar bini aku jawab:

“Doktor bedah perut bonda, lepas tu doktor jahit balik?”

Laju si anak tanya balik.

“Sakit tak bonda?”

Jawab bini aku kepada si anak:

“Tak sakit jika kita amalkan makan sayur dan selalu berdoa.”

Anak kelihatan berpuas hati sebab mereka pun baru nak masuk tadika waktu itu, tapi kini bila mereka dah masuk sekolah rendah, soalan mereka semakin lama semakin mencabar:

“Ayah, kenapa kemaluan lelaki dan wanita tak sama? Dulu saya pun ada zakar lepas tu kena potong ke?”

Tanya satu-satunya anak perempuan aku, adik-beradiknya yang lain semua lelaki. Jawab aku:

“Memang ALLAH buat berbeza, sebab orang perempuan bila besar, akan mengandungkan baby, lepas tu dada orang perempuan berbeza dengan lelaki kerana baby akan minum susu dari situ, dan tentang kemaluan perempuan berbeza pulak, sebab dari situlah baby akan keluar.”

“Wahhh, macam mana tu? Tentu sakit?”

Tanya lagi anak perempuan dengan aksi muka menahan sakit. Terang aku panjang lebar: “Hah! Itulah kuasa ALLAH, dari tempat yang sempit, boleh keluar manusia, sekali tengok macam tak logik manusia akan keluar dari kemaluan wanita. Tapi bila sampai masanya, ALLAH akan buka laluan, dan baby akan keluar laju macam air. Subhanallah.

Lepas tu lagi, orang perempuan akan dilupakan sakit bersalin, tak macam lelaki, sakit bersunat macam kena gigit semut jer, tapi bila di tanya nak sunat lagi tak? Semua tak nak, tapi orang perempuan, sakit bersalin macam mati hidup semula, tapi lepas dapat anak, nak beranak lagi, macam Bonda kamu, dah lima orang anak dan nak lagi tu!”

Anak perempuan aku senyum, dan berkata: “Bagus jugak, Adik N nak sangat adik perempuan.”

Lepas si anak diam sekejap, akhirnya dia membuat kesimpulan dari perbincangan kami tadi:

“Hmm, patutlah berbeza kemaluan lelaki dan perempuan, jika baby keluar ikut zakar, tentu pecah semua, kan ayah?”

Woha!

Banyak lagi kisah-kisah menarik hasil buah tangan Hamka Kereta Mayat di dalam buku Kisah Anak Bini. Banyak pertanyaan anak yang di luar jangkaan kita. Kadang-kadang soalan pelik, silap haribulan salah jawab… naya beb! Sebelum ini buku beliau Kisah Laki Bini merupakan naskhah Bestseller dan terjual hampir 10 000 unit.

BUKU BERKAITAN