Boleh Ke Perempuan Mengorat Lelaki?


Apa ke jadah pulak anak perempuan yang masih bersekolah rendah, tiba-tiba sanggup bertanya:

“Cikgu cakap jangan jadi perigi mencari timba. Salah ke perempuan mengorat lelaki? Dosa ke ayah?”

Aku malas nak jawab, lalu suruh Puan Bini yang jawab.

Sebaik Puan Bini berborak-borak dengan anak perempuan yang masih sekolah rendah, jauh dalam dunia pemikiran aku, berlaku lamunan yang membuat kesimpulan dari semua permasalahan ini:

Bagi aku okey jer perempuan yang pinang lelaki, macam Khadijah lamar Nabi, lantas aku yang jauh dalam lamunan seorang diri mula terbayang-bayang sesusuk tubuh orang perempuan datang dan lamar aku, tapi aku cakap, awak mengorat bini saya dulu.

Lalu perempuan tu mengorat bini aku, dan akhirnya mereka bersetuju untuk poligami. Lalu masing masing bantu bisnes aku, perniagaan semakin berkembang, anak cucu semakin ramai.

“Apa yang abang menungkan sambil tersengih tu?” Tanya Puan Bini sebab tengok aku sedang termenung sambil tersengih, laju aku jawab:

“Err, abang teringat lawak ustaz ceramah hari tu, takpelah waktu makan nanti abang cerita.”

Bini balas senyuman dan kembali ke dapur, aku tarik nafas lega.

Moral of the story, kepada ibu-ibu di luar sana, hati-hati jika laki korang termenung sambil tersenyum. Kah kah kah!

Banyak lagi kisah-kisah menarik hasil buah tangan Hamka Kereta Mayat di dalam buku Kisah Anak Bini. Banyak pertanyaan anak yang di luar jangkaan kita. Kadang-kadang soalan pelik, silap haribulan salah jawab… naya beb! Sebelum ini buku beliau Kisah Laki Bini pernah viral dan merupakan naskhah Bestseller dan terjual hampir 10 000 unit.

BUKU BERKAITAN