LGBT Tidak Akan Diiktiraf





Undang-undang negara ini melarang golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) mengamalkan gaya hidup mereka. Seperti yang sedia maklum, negara mempunyai peruntukan undang-undang sivil untuk kesalahan persetubuhan luar tabii iaitu Seksyen 366A Kanun Keseksaan.

Manakala undang-undang syariah pula memperuntukkan Enakmen Jenayah Syariah Seksyen 25, 26 dan 28 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Perseketuan bagi kesalahan liwat, musahaqah (lesbian) dan lelaki berlagak seperti wanita.

“Ini bermaksud hak komuniti LGBT untuk amalkan gaya hidup mereka masih tertakluk pada undang-undang yang tidak benarkan. Jadi jangan pula ada yang pusing kenyataan saya kata kerajaan PH ini mesra LGBT,”

Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut).

 

Dalam soalannya, Ahmad Nazlan ingin tahu adakah kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap penularan budaya songsang LGBT gang semakin membimbangkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, peruntukan Perlembagaan bagaimana pun menyatakan komuniti LGBT tidak boleh ditindas.

“Pada masa sama hak asasi manusia sentiasa dipelihara berdasarkan acuan adat dan budaya yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan. Golongan LGBT ini tak boleh ditindas di tempat kerja, tidak boleh dianiaya dan tak boleh dizalimi.

“Kita ada statistik menunjukkan 80 peratus golongan mak nyah terlibat dalam industri seks. Kalau kita mendiskriminasi mereka di tempat kerja, maka mereka akan terus berada dalam industri ini sedangkan kerajaan PH berhasrat mengeluarkan mereka dari industri ini,” katanya.

Menurutnya, kerajaan juga menggunakan pendekatan mendidik, bukan menghukum untuk memulihkan golongan LGBT.

 

**********************************************************************************************

Tuhan menemukan kita dengan pelbagai jenis manusia yang mempunyai pelbagai jenis ragam. Ada yang menyinggah dan menyemai benih lalu sembilan bulan membuahkan hasil. Ada yang muncul seketika sebagai penyeri majlis, ada yang berjalan seiringan kita sambil menggenggam erat tangan sebelum terpaksa dilepaskan kerana melalui jalan yang sempit dan sulit.

Awalnya berkisahkan dua gadis yang bersahabat. Tapi Tuhan telah mentakdirkan sesuatu yang di luar kawalan mereka. Memilik perasaan yang tidak pernah diminta, walaupun

pada awalnya kedua-dua mereka adalah selurus pembaris. Tidak mahu dibuai oleh nafsu yang jelas terpesong, Hani memilih untuk pergi tatkala Julia sudah cinta separuh mati.

Namun, setelah pilihan dibuat, dugaan Tuhan menimpa silih berganti.

Ikuti kisah ini dalam buku Lebanese. Buku yang pernah kena banned suatu ketika dulu tapi kami tetap terbit dan jual. Tapi kenapa? Kisahnya akan membuka mata masyarakat. Mereka juga seperti manusia normal lain yang pernah melakukan kesilapan.

BUKU BERKAITAN