Pulau 'Gempa Bumi' Ditelan Lautan Hindi


H | 11-07-2019


Sebuah pulau kecil yang terbentuk akibat gempa bumi di luar pantai Pakistan telah 'ditelan' Lautan Hindi.

Ia terhasil enam tahun lalu selepas gempa 7.7 magnitud menggegar wilayah Baluchistan dan meragut 825 nyawa.

Pembentukan Zalzala Koh berukuran 90 meter tinggi dan 40 meter panjang itu juga dipercayai berpunca daripada letusan gunung berapi lumpur di dasar laut.

Hakisan secara berperingkat daripada fenomena air pasang menyebabkan ia 'tenggelam' semula.

Imej dikeluarkan Agensi Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Negara (NASA) menunjukkan ia masih boleh dilihat walaupun berada di bawah air.

Sebelum ini, kawasan itu telah menjadi tarikan pelancong dan penduduk tempatan walaupun ia mengeluarkan gas mudah terbakar yang dibebaskan daripada rekahan pulau tersebut.

"Pulau itu adalah timbunan besar lumpur dari dasar laut yang ditolak ke permukaan," kata ahli geologi di Pusat Pemerhati Geologi Amerika Syarikat (USGS), Bill Barnhart yang mengkaji gempa bumi di Pakistan dan Iran pada 2013.

Difahamkan, Zalzala Koh terbentuk daripada pelbagai sedimen dan serpihan yang disebabkan oleh penenggelaman plat Arab di bawah plat Eurasia.

Sumber: Sinar Harian