Tular Earth Day Quiz! Korang Dapat Haiwan Apa?


H | 08-07-2019


Minggu lalu telah trending di media sosial dengan kemunculan banyak haiwan-haiwan comel di akaun masing-masing. Earth Day quiz menjadi kegilaan ramai apatah lagi dengan soalan-soalan yang ringkas dan mudah dijawab oleh semua. 

Kuiz ini disediakan oleh sebuah badan yang memperjuangkan alam sekitar yang dikenali sebagai Earth Day. 

Mudah sahaja untuk meliaht haiwan yang sesuai dengan korang. Apa yang perlu dilakukan adalah menjawab lima soalan dan korang akan 'diberi' haiwan berdasarkan soalan yang dijawab. Poster haiwan ini boleh terus dimuat turun secara percuma ke akaun media sosial masing-masing.

Secara tidak langsung, kuiz ini berjaya memberi kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan menjaga alam sekitar. 

Korang dapat haiwan apa? Jom kongsi.