4 Negara dalam Pulau Borneo?


Tahu tak kepulauan Borneo mempunyai 4 negara? Mungkin ada yang tahu, mungkin juga ada yang belum tahu? Okey, meh nak explain. Sebenarnya betul, Pulau Borneo terdiri daripada 4 negara. Sabah dan Sarawak yang dikenali sebagai Malaysia Timur yang membentuk Gagasan Malaysia bersama dengan Semenanjung Malaysia. (Sebelum pembentukan Malaysia)

Selepas itu, diikuti dengan Kalimantan. Korang pandai tengok peta kan? Haa, cari sekarang. Kalimantan merupakan salah satu daripada wilayah Republik Indonesia. Manakala negara Brunei Darussalam merupakan satu lagi negara yang juga lokasinya terletak di Pulau Borneo.

Jom kita kecilkan skop dan fokus kepada Sabah dan Sarawak. Banyak lokasi-lokasi menarik perhatian antaranya Gunung Kinabalu. Merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan ketiga tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian 4095 meter. Selain itu, keindahan dari segi budaya dan warisannya juga unik.

Travelog OKU di Borneo : Sabah & Sarawak

Siapa yang ingin bercita-cita untuk mengembara ke Sabah & Sarawak, ini adalah buku yang sesuai untuk korang hadam! Bukan setakat pekongsian tips-tips dan trivia, tapi korang akan pelajari sesuatu tentang travelog ni. Kau akan pelajari kecekalan dari seorang traveller tegar, berani tanggung risiko dan cekap membuat plan baru sekiranya plan asal tidak menjadi. Tidak semua traveller ada kelebihan seperti itu.

Pengembaraan pada kali ini agak unik sekali di mana dua orang daripadanya adalah golongan OKU (jumlah sebenar adalah tiga orang : seorang lagi normal) Pernah terfikir kenapa penulis, Riduan A. Dullah mengambil risiko yang besar untuk mengembara bersama dua orang OKU yang dia sendiri tahu mungkin akan timbul beberapa masalah. 

Buku ini merupakan buku pertama di Malaysia yang menceritakan tentang travelog OKU. Sebelum perjalanan mereka bermula, beberapa badan kebajikan dan sumbangan orang ramai turut menjayakan travelog ini. Ini bukan travelog backpacker yang sedia ada, tapi backpackers yang penuh penyesalan! Sebab apa menyesal? Korang kena khatam dulu buku ni.

 

BUKU BERKAITAN