10 Tip Penting Untuk Perokok Yang Cuba Berhenti


H | 26-06-2019


Usaha untuk berhenti merokok bukanlah sesuatu yang mudah bagi sesetengah orang. Banyak dugaan yang perlu dihadapi bagi mengatasi ketagihan ini. 

Berbeza mengikut individu, banyak cara boleh dipraktikkan bagi memenangi 'peperangan' ini. 10 tip berikut mungkin boleh menjadi cara terbaik untuk anda cuba.

1. Melengah-lengahkan waktu merokok Tunggu lima minit atau lebih apabila timbul keinginan untuk merokok

2. Tarik nafas panjang Tarik nafas tiga kali secara perlahan-lahan. Pasti keinginan untuk merokok itu akan hilang.

3. Sibukkan diri Buat sesuatu bagi mengalihkan fikiran anda. Insya-Allah anda pasti terlupa untuk merokok.

4. Menjauhkan diri daripada orang yang merokok.

5. Elakkan diri daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok

6. Mengunyah sesuatu seperti gula getah atau gam dan buah-buahan.

7. Membasuh tangan selalu bagi mengelak keinginan untuk memegang rokok.

8. Mandi dengan kerap bagi meredakan keinginan untuk merokok.

9. Meregangkan otot, lakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk.

10. Memohon doa agar dikuatkan azam dan sentiasa tingkatkan usaha. Anda pasti boleh!