Wechat Pilihan Pedofilia Cari Mangsa!





Keghairahan kanak-kanak dan remaja dalam menggunakan aplikasi media sosial amat membimbangkan berikutan statistik yang menyumbang terhadap jenayah seksual.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Ong Chin Lan berkata, dalam tempoh itu, 138 daripada 184 kes kanak-kanak mengenali pelaku pedofilia di seluruh negara melalui WeChat.

Ia diikuti berkenalan di Facebook sebanyak 35 kes, WhatApps enam kes manakala selebihnya BeeTalk.

Tambahnya, berdasarkan perbandingan, WeChat mencatatkan statistik tertinggi berbanding aplikasi lain atas beberapa faktor.

Aplikasi WeChat amat mudah digunakan oleh kanak-kanak bawah umur untuk mencari kenalan tanpa sebarang tapisan serta tidak perlu ‘jemputan’ daripada luar. Aplikasi sosial ini telah dieksploitasi oleh individu tidak bertanggungjawab sejak perkembangan teknologi maklumat yang pesat berkembang sehingga kini.

Apabila mereka menggunakan aplikasi ini tanpa kawalan orang dewasa, (mereka) akan mudah dieksploitasi secara negatif oleh pelaku pedofilia.

Kanak-kanak memasuki media sosial mereka akan terdedah dengan individu tidak dikenali seperti pelaku pedofilia yang kemudiannya mula 'menawan' mereka menggunakan ayat manis.

Selepas berkenalan dengan pelaku, mangsa dibawa keluar berjalan sebelum dirogol.

Mangsa berusia lingkungan 10 hingga 16 tahun dan pesalah akan didakwa berdasarkan apa yang dilakukan mereka kepada mangsa seperti rogol, seks oral atau pun mendera...tiada undang-undang khusus untuk pesalah ini, tapi suspek akan didakwa mengikut Kanun Keseksaan.

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .  . . . . . . . . . . . . . . . . . .

 

Seperti juga kisah ini mempunyai kesamaan dalam buku Dislokasi Jiwa. Sebuah kisah mengangkat tema penderaan seksual kanak-kanak yang sukar untuk dibayangkan keperitannya.

Ceritanya bukan sekadar masa sekarang tetapi berkait juga dengan kisah silam seorang lelaki bernama Khalid Yaakop. Sejak kecil dia dibesarkan dalam keadaan emosi yang tidak stabil apabila dirinya menjadi anak paling dibenci ibunya.

Kehidupan Khalid lebih terganggu dengan kematian Saiful, anak kepada seorang jirannya yang bernama Darma. Kematian Saiful disyaki mempunyai kaitan dengan kes penderaan dan diliwat secara kejam oleh teman lelaki Darma. Sejurus selepas kejadian tersebut, Khalid seakan mengalami gangguan dan bisikan yang membuatkan dirinya semakin tertekan dan memberontak.

Selang beberapa bulan sepasang suami isteri (Fatinni dan Marzuki) telah berpindah ke rumah Darma, dan keadaan semakin terganggu apabila Fatinni mengatakan dia turut diganggu dengan bayangan dan suara budak lelaki. Lebih teruk, Fatinni juga seakan cuba menggoda Khalid yang sememangnya telah mempunyai perasaan kepadanya.

Dalam diam, Khalid dan Fatinni menjalin hubungan terlarang semasa ketiadaan Marzuki. Marzuki yang seakan mengetahui hubungan Khalid dan Fatinni akhirnya telah membawa seorang kanak-kanak seusia Saiful bernama Arman untuk mengawasi tindak tanduk isterinya.

Konflik semakin kemuncak apabila hubungan Fatini dan Khalid dapat dihidu oleh Salina, isteri Kahlid dan dimaklumkan kepada Marzuki. Segalanya terbongkar apabila kisah silam Khalid dibuka satu persatu. Fatinni juga mendapat balasan atas kecurangannya terhadap Marzuki. Arman yang dipilih menjadi mata kepada Marzuki juga mengalami nasib sama seperti Saiful.

Adakah semuanya sudah terlambat? Dapatkah kematian Saiful dibela? Segalanya bakal terjawab dalam Dislokasi Jiwa.

 

 

BUKU BERKAITAN