Perigi Cari Timba? 4 Tip Untuk Perempuan Melamar Lelaki


H | 21-06-2019


Pepatah Perigi cari timba bukanlah sesuatu yang baru. Malah, umum mengetahui kisah Siti Khadijah R.A yang telah melamar Rasulullah S.A.W. 

Di sebalik hubungan istimewa ini, ramai tidak mengetahui nama Nafisah Binti Munyah yang menjadi orang tengah menyampaikan hasrat Siti Khadijah kepada Rasulullah. 

Peminangan telah dibuat melalui bapa saudara Rasulullah iaitu Abu Talib. Apabila mendapat lamaran itu, Rasulullah yang pada waktu itu belum bergelar rasul telah menerima tawaran tersebut. 

See! Di mana ada usaha, di situ ada jalan. Memang tidak pernah menjadi kesalahan untuk wanita melamar lelaki. Tapi ingat, jangan sampai melanggar batas-batas agama! 

Di sini, Buku Pojok senaraikan empat tip penting untuk wanita yang ingin memualakan langkah melamar lelaki. 

1. Jaga maruah

Dalam keterujaan menamatkan zaman bujang, kaum wanita janganlah sampai dilihat tergedik-gedik, tak tahu malu atau menjadi murah di mata lelaki. 

Jangan terkejut jika kelakuan begini hanya akan memakan diri. Sudahlah dilabel murahan, jejaka idaman pun reject korang. Jadi, behave dan kekalkan martabat demi menjaga nama baik diri dan keluarga. 

2. Merisik dan dapatkan maklumat

Kumpul maklumat sebanyak mungkin berkenaan lelaki yang kamu minat. Sebelum bertindak dengan lamaran, pastikan korang tahu latar belakang lelaki itu, keluarganya dan lain-lain maklumat penting. Paling penting adalah wajah sebenar mereka!

Jika ada orang tengah lagi bagus. Tetapi di zaman sekarang, stalk di media sosial lebih mudah. Semua maklumat boleh didapati hanya dihujung jari anda.

3. Lantik orang tengah

Satu langkah bijak untuk membantu korang menyampaikan keinginan kepada si dia. Banyak kebaikan dapat dijaga, malah cara ini juga telah dipraktikkan oleh Saidatina Khadijah R.A.

Jangan malu untuk meminta pertolongan daripada orang terdekat atau rakan-rakan tentang hajat murni korang. 

4. Bagi hint dengan bijak

Ada juga sesetengah orang yang memang sudah berkawan namun masing-masing malu untuk berbicara soal jodoh dan perkahwinan. Jadi, apa kata korang memulakan perbaualan dengan mesej seperti, "saya rasa sudah cukup bersedia untuk ada keluarga dan anak-anak. Tak sabar!"

Kalau bernasib baik dan mesej yang yang disampaikan jelas, mungkin dia akan reply, "saya single lagi, jom kita kahwin!?" 

Alhamdulillah...

Kepada semua wanita, jangan malu untuk memulakan langkah. Di zaman Malaysia baru rasanya semua kemungkinan boleh berlaku. Apa yang penting, pastikan pilihan korang dan berdoa agar segala tindakan mendapat keredaan Allah S.W.T. 

Good luck girls! 

SUMBER: Remaja