10 Tanda Korang Kena Friendzone!

Hairul | 20-06-2019

Friendzone sangat menyakitkan. Ramai di antara kita yang tidak sedar dari awal mereka telah terjebak di dalam 'lubang' ini walaupun tanda-tandanya boleh dikesan sejak awal hubungan lagi. 

Kali ini, Buku Pojok senaraikan 10 tanda-tanda yang boleh dikesan sejak awal jika korang bakal menjadi mangsa friendzone. 

1) Selesa bersembang

Apabila kamu sudah menjadi orang yang dipercayai, maka si dia akan lebih selesa untuk bersembang apa-apa juga perkara. Senang cerita dia sudah menganggap korang seperti BFF!

2) Tidak awkward untuk bertepuk tampar

Contoh paling jelas adalah apabila korang sedang bergurau atau berbual perkara lucu, si dia tidak teragak-agak untuk menepuk bahu sambil ketawa terbahak-bahak. Jika melintas jalan, selamba saja dia memimpin tangan tanpa ada sebarang perasaan. 

3) Friendlist nombor satu dalam telefon

Kekerapan menghubungi kamu meletakkan kamu antara orang penting dalam hidupnya. Jika bosan di rumah, maka si dia akan mengajak kamu keluar melakukan perkara-perkara yang menjadi minatnya. Ke mana sahaja memang seperti belangkas tetapi setakat itu sahaja hubungan korang. Sendiri mau ingat ya!    

4) Memaklumkan status hubungan dengan kawan-kawan

Guys, korang perlu bersedia kerana perbuatan ini mungkin menyedihkan. Persiapkan diri jika si dia declare hubungan korang sekadar 'hanya kawan' dengan kawan-kawan lain. Aduh!

5) Walaupun ada pasangan, hubungan korang lebih rapat

Hal ini terjadi apabila BF atau GF sibuk, berjauhan atau hubungan mereka dilanda masalah. Maka, kamu akan jadi tempat untuk dia meluahkan perasaan atau menghilangkan bosan. 

6) Setiap minit berhubungan

Bahaya! Hati-hati dengan ucapan selamat pagi, bertanya jika kamu sudah makan atau bertanya lokasi kamu. Tanda friendzone yang sangat menyakitkan. 

7) Suka membuatkan kamu ketawa

Tingkah laku yang berjaya membuat kamu ketawa juga merupakan tanda yang sangat jelas. Ya, kamu gembira apabila bersama tetapi tiada lanjutan daripada momen-momen indah itu. Awas! 

8) Bercerita perihal orang lain

Pernah tak si dia bercerita hal orang lain kepada kamu? Jika ya bermaksud dia selesa untuk membawang dengan kamu. Lebih-lebih lagi jika si dia memuji orang lain di hadapan kamu. Jika dia serius menyukai kamu, tentu dia tidak akan memuji orang lain di hadapan kamu. Betul tak?

9) Ringan tulang membantu

Ingat! Jika si dia rajin membantu seandainya kami ditimpa kesusahan bukan bererti kamu adalah 'the one'. Sebaliknya itu adalah tanggungjawab seorang BFF atau kawan baik. Jangan cepat feeling ya! 

10) Tidak kisah menonjolkan kekurangan diri

Jika si dia tidak malu menunjukkan kelemahan atau kekurangan dirinya, bermakna hubungan kamu tidak lebih sekadar kawan baik. Kalau kekasih, seboleh-boleh nak tunjukkan kesempurnaan diri. Setuju?