Baca Ini Bila Nak Bayar Zakat


Hamka Kereta Mayat | 14-05-2019


Baca Ini Bila Nak Bayar Zakat

Tahniah anakku. Korang dah layak membayar zakat, bermakna rezeki dah melimpah ruah. Alhamdulillah. Selesai membayar zakat harta, simpanan, fitrah dan lain-lain zakat, ayah nak tanya satu soalan:

Dah bayar zakat masa?

“Eh? Saya tak pernah dengar pun zakat masa, apa tu?”

Kisahnya begini, mari kita tengok dan renung betul-betul tentang Rukun Islam secara songsang.

Eh, sekejap! Ayah bukan nak ajar korang agama songsang, ayah nak ajak korang mengira secara songsang. Ayah rasa cara begini lebih mudah difahami tentang zakat masa, inshaAllah Allah akan bagi faham.

1. Rujuk Rukun Islam kelima. Setiap umat Islam wajib memberi masa kepada Allah SEKALI SEUMUR HIDUP selama beberapa masa untuk menunaikan fardu haji. Sila rujuk Lembaga Tabung Haji.

2. Rujuk Rukun Islam keempat. Setiap umat Islam wajib membayar zakat dalam tempoh masa SEKALI DALAM SETAHUN. Sila rujuk pusat kutipan zakat.

3. Rujuk Rukun Islam ketiga. Setiap umat Islam wajib memberi masa kepada Allah untuk berpuasa SEBULAN DALAM SETAHUN di bulan Ramadan.

4. Rujuk Rukun Islam kedua. Setiap umat Islam wajib sembahyang LIMA WAKTU SETIAP HARI dalam jangka masa yang telah ditetapkan.


Jadi bila kita tulis dalam bentuk poin:

Haji - Sekali seumur hidup.

Zakat - Sekali setahun.

Puasa - Sebulan dalam setahun.

Solat - Setiap hari lima kali.

Dua kalimah syahadah? Bila? Itu yang ayah nak cerita.
Jawapannya, setiap umat Islam perlu menunaikan hak kalimah tauyibah SETIAP MASA untuk mengajak manusia berbuat kebaikan dan mencegah manusia daripada keburukan. Setiap masa lapang, setiap masa sukar, saat sakit atau sihat, saat kaya atau miskin, SETIAP MASA!


Dulu apabila sahabat nabi memeluk Islam, belum ada perintah solat, puasa, zakat dan haji. Ketika itu Rukun Islam hanya ada satu sahaja iaitu mengucap dua kalimah syahadah. Selepas itu sahabat tanya kepada nabi, dah masuk Islam nak buat apa? Nabi suruh mereka berdakwah. Terus saja Abu Bakar pergi berdakwah dan mendapat enam sahabat yang unggul dalam sejarah Islam.
Jadi anakku, zakat masa adalah melapangkan masa di jalan Allah. Kerja, kerja juga, kerja agama jangan lupa.

 

kredit gambar: Shuttershock

BUKU BERKAITAN