Baca Ini Ketika Nak Hilangkan Teruna Atau Dara


Hamka Kereta Mayat | 22-03-2019


Anak-anakku,

Tahniah jika korang hilang teruna atau dara selepas kahwin. Jika hilang sebelum kahwin, bertaubatlah. Hidup ini sama seperti memilih baju dalam almari. Kita yang pilih, bukan orang lain. Jadi jagalah dara dan teruna masing-masing.

 

Jika pasangan cinta anda mengajak melakukan hubungan seks sebelum kahwin atau buat syarat, ‘kalau you cintakan I, you kena tidur dengan I.’ atau ‘you kena biar I raba you.” Maka ucapkanlah selamat tinggal. Ayah tak nak menantu gila seks!

 

Sesungguhnya, orang lelaki perlu hormat dengan perempuan yang pandai menjaga maruahnya, begitu juga sebaliknya. Hati-hati dengan ujian yang datang jika berkaitan seks, jangan sesekali dekati zina.

 

Sahabat nabi datang untuk berzina, nabi tanya sukakah jika orang berzina dengan adikmu? Atau dengan ibumu? Atau dengan kakakmu? Atau dengan anakmu? Tak suka, jawab sahabat.

 

Maka nabi pun berpesan, orang yang kamu nak zina itu adalah adik orang lain, anak orang lain dan ibu orang lain.

 

Maka, ayah pun tak suka ada orang berzina dengan anak ayah. Ayah pasti ibu bapa pasangan yang korang nak berzina itu pun tentu tak suka. Jangan buat mayat ayah dalam kubur sedih melihat perbuatan korang. Jagalah anggota peranakan dengan baik, lepaskan di tempat yang halal. Tak tahan sangat, kahwin!

 

Macam Shahrukh Khan dan Kajol dalam filem Dilwale Dulhania Le Jayenge yang mana emak mentuanya menasihatkan mereka kahwin lari kerana bapa mentua tidak merestui cinta mereka. Tapi jawab Shahrukh Khan: “Saya datang untuk menawan hati, bukan menyakitkan hati.”

 

Akhir kata, kahwinlah awal dengan pasangan yang faham agama, ayah percaya korang akan rasai kenikmatan berumah tangga yang hakiki.

 

P.S: Anak lelaki, jangan mengandungkan anak orang sebelum kahwin. Anak perempuan, jangan biarkan orang mengandungkan anak ayah sebelum kahwin. Bertaubatlah jauh sebelum membuat dosa!


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Petikan ini terdapat di dalam naskhah Ngeteh Di Kubur karya Hamka Kereta Mayat. Banyak bab-bab menarik untuk dikongsi bersama dan dijadikan pedoman buat pembaca yang disayangi. Hamka juga seperti ayah-ayah kita yang sentiasa memberi nasihat dan membawa kita menuju jalan ke syurga.

 

Moga-moga nasihat ayah Hamka akan dijadikan iktibar dalam hidup kita. Woha!

BUKU BERKAITAN