Sebab Kenapa Lampu Kabin Dimalapkan Dan Penutup Tingkap Dibuka Semasa Berlepas & Mendarat





Setiap pesawat komersial yang kita naik, pasti ada beberapa standard procedures atau peraturan yang perlu kita patuhi untuk tujuan keselamatan

Peraturan yang paling mudah untuk kita ikut semestinya memasang tali pinggang keledar, tidak merokok sepanjang penerbangan, dan tidak mengganggu ketenteraman. Ketiga-tiga peraturan ini amat mudah difahami kerana sifatnya yang straight to the point.

Namun begitu, ada juga beberapa prosedur yang kita selalu persoalkan dan kita tidak faham kenapa ianya perlu dilakukan

Contoh paling mudah ialah mematikan segala peralatan elektronik sepanjang perjalanan di udara. Ramai yang tertanya-tanya, "Kenapa kapal terbang yang dibina dengan kos berjuta Ringgit ini tak mampu menahan isyarat atau gelombang yang datang dari peranti elektronik yang kosnya beratus kali ganda lebih murah?" atau seumpamanya.

Juga, pasti ramai tertanya-tanya, kenapa lampu kabin dimalapkan dan jendela tingkap pesawat perlu dibuka setiap kali berlepas dan mendarat?

Setiap kali kita naik kapal terbang, memang inilah amalan yang perlu kita patuhi. Krew kabin akan memastikan setiap jendela tingkap dalam kapal terbang itu dibuka dengan luas, kemudian kapten akan memalapkan lampu kabin sebelum berlepas dan sebelum mendarat.

Persoalannya, kenapa semua ini penting? Apa sebabnya?

Walaupun tampak remeh, langkah keselamatan ini adalah sangat penting kerana kebanyakan kemalangan berlaku ketika pesawat berlepas dan mendarat

Alasannya sangat simple sebenarnya.

Penumpang diminta untuk mengambil langkah ini supaya krew kabin boleh melihat jelas ke luar tingkap bagi menilai sisi pesawat yang mana paling selamat untuk penumpang semua turun sekiranya berlaku kes kecemasan yang tidak diduga.

Pegawai keselamatan penerbangan Saran Udayakumar menjelaskan bahawa krew kabin hanya ada 90 saat sahaja untuk mengosongkan semua penumpang apabila berlaku kecemasan, tanpa mengira saiz pesawat atau bilangan penumpang. 90 saat sahaja!

Jadi sebab itulah penumpang perlu buka jendela tingkap, lipat meja makan, dan letakkan kerusi dalam kedudukan tegak, semuanya bagi membantu mempercepat proses evakuasi daripada pesawat semasa kecemasan

Secara asasnya, prosedur semasa berlepas dan mendarat ini merupakan sebahagian kecil daripada satu proses yang panjang.


Sebab-sebab tertentu di sebalik pembukaan jendela tingkap termasuk:

1. Untuk membolehkan cahaya matahari masuk dan juga untuk membolehkan setiap orang di dalam pesawat melihat ke luar tingkap sekiranya berlaku kecemasan.

2. Supaya krew kabin boleh melihat keadaan di luar pesawat bagi membantu mereka merancang proses evakuasi yang sistematik (contoh: pintu mana yang patut mereka gunakan dan lain-lain).

 

 "Tapi, kenapa lampu kabin dimalapkan?"

Lampu kabin dimalapkan bagi membolehkan penumpang menyesuaikan mata mereka kepada cahaya semula jadi yang masuk dari luar kapal terbang.

 

Pada siang hari, membuka jendela tingkap dan memalapkan lampu kabin membolehkan anak mata melaraskan frekuensi cahaya matahari yang masuk ke dalam. Ini penting bagi mengelakkan perubahan mendadak kepada frekuensi kemasukan cahaya ke dalam mata yang boleh menyebabkan penglihatan kabur sementara.

PS: Walaupun 'reading light' dibenarkan terbuka, ia tidak mempunyai kesan yang besar terhadap mata kerana hanya menerangi sebahagian kawasan kecil sahaja. Tetapi, adalah lebih baik untuk padamkannya sama sekali.

 

 

 

Kredit : says.com

 

BUKU BERKAITAN