Lelaki pakai bra mati jatuh kondominium


BANYAK kes yang aku dah lupa. Maklumlah dah tua. Yang mana aku ingat dan yang mana masih ada dalam buku nota wartawan aku dulu, bolehlah aku kongsi sikit-sikit untuk tambah pengetahuan dan iktibar kalau ada.

Okeylah, aku nak ‘belanja’ satu cerita. Kes ini berlaku kirakira lima tahun lalu di Taman Datuk Senu, Kuala Lumpur. Ia mengenai seorang lelaki yang maut setelah terjatuh dari sebuah kondominium di situ. Mula-mula, kami ingat kes bunuh diri, rupa-rupanya ada cerita di sebaliknya.

Dia sebelum itu didapati memecah masuk rumah penduduk. Mayat mangsa berusia 26 tahun yang dipercayai terjatuh dari tingkat 12 bangunan itu ditemui pengawal keselamatan pada pukul 6.30 pagi. Menurut penduduk yang enggan dikenali, mangsa telah memecah masuk sebuah rumah di tingkat itu melalui beranda bersama seorang rakannya.

Bagaimanapun kejadian itu disedari pemilik rumah yang terjaga menyebabkan kedua-duanya bertindak melarikan diri, namun mangsa terjatuh. Polis tidak menemui sebarang pengenalan diri pada badan mangsa kecuali tiga buah telefon bimbit, tasbih dan serangkai kunci pendua rumah-rumah di situ. Hasil siasatan mendapati si mati pernah mempunyai rekod jenayah di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri.

YANG PELIKNYA, SI MATI MEMAKAI BRA KETIKA DITEMUI!

Nak kata pondan, tak juga. Malah dia pakai jeans panjang. Muka dia pun takde make-up dan berambut pendek. Memang lelaki habislah. Sampai sekarang bila teringat kes itu aku masih dok tertanya-tanya, apa kejadahnya dia pakai coli? Mungkin bra tu tangkal kasi kebal kot. Kotlah. Ish, macam-macam sungguh!

Petikan dari buku Kriminal penulis Syahril A. Kadir

 

BUKU BERKAITAN