Jenis potongan rambut nombor 7 bukan untuk semua orang


Gaya rambut lelaki adalah perkara yang sangat penting dalam menentukan penampilan. Dengan perkembangan dunia fesyen, pelbagai jenis gaya rambut telah wujud pada hari ini. Setiap gaya rambut pastinya berbeza mengikut kesesuaian bentuk muka dan jenis rambut.

Lebih-lebih lagi golongan muda, pelajar universiti sekarang yang sering menjaga penampilan diri. Semestinya perlu bijak memilih potongan yang sesuai dan kena pada bentuk wajah. Adakala rupa biasa-biasa saja, tapi sekali buat haircut... fuh! Merecik! Kalau bersiap nak ke kelas tu, ada yang kalah perempuan. Makan masa berjam-jam hanya kerana nak gayakan rambut sahaja! Cuma, kalau nak ke kuliah, mungkin anda boleh pertimbangkan yang nombor 7 tu. Jangan nanti pensyarah kata anda belum mandi!

Tapi, memang tak salah untuk bergaya. Tambah-tambah lagi penampilan kemas dan bersih. Mari kenali gaya rambut lelaki yang semakin popular masa kini.

1. Fade haircut

 

Daripada perkataan fade yang bermaksud pudar, gaya rambut ini melibatkan potongan pendek di bahagian tepi dengan panjang yang berbeza. Potongannya bermula dengan nipis di bahagian tepi bawah, dan semakin tebal di bahagian tepi atas.

Rambut di atas pula boleh dibiarkan panjang atau dinipiskan. Gaya rambut ini sesuai digunakan oleh semua jenis rambut.

2. Undercut hairstyle

 

Gaya rambut lelaki ini adalah nipis di bahagian tepi, dan panjang di bahagian atas. Berbeza dengan fade haircut, panjang rambut di bahagian tepi hanya menggunakan satu saiz sahaja. Ia menyerlahkan lagi bahagian rambut atas.

3. Man burn hairstyle

 

Ini adalah pilihan bagi mereka yang ingin menyimpan rambut panjang. Rambut ditarik daripada dahi ke belakang dan diikat di bahagian tengah atau belakang. Panjang rambut bebas ditentukan oleh empunya rambut dan tidak memerlukan potongan rambut yang kompleks. Ia sesuai dengan lelaki yang menyimpan jambang.

4. Top knot hairstyle

 

Fesyen rambut ini adalah kombinasi antara undercut dan man burn. Bahagian tepi dipotong nipis, manakala bahagian atas dibiarkan panjang dan diikat seperti gaya man burn. Gaya rambut ini nampak lebih bergaya dan moden berbanding man burn biasa.

5. Pompadour hairstyle

 

Stail rambut pompadour ialah tebal di bahagian atas. Manakala bahagian tepi dipotong dengan gaya slicked-back, tapered atau faded. Rambut di bahagian atas kemudiannya akan disikat ke tepi untuk menjadikan ia menggelembung ke hadapan.

6. Side part hairstyle

 

Rambut pendek tetapi tidak terlalu nipis disikat belah tepi. Ia adalah gaya rambut lelaki klasik tetapi masih menjadi pilihan ramai lelaki di luar sana.

7. Messy hairstyle

Stail ini pula adalah ala rambut serabut tetapi masih mempunyai alunan rambut yang cantik. Meskipun mungkin nampak tidak kemas, ia dikatakan mampu membuatkan lelaki kelihatan seksi dan romantik.

8. Skinhead hairstyle

 

Bukan lagi yang khusus untuk tentera, gaya rambut ‘botak’ ini tidak kurang mendapat tempat di dalam kalangan masyarakat. Rambut pendek yang mudah diuruskan tanpa perlu disikat menjadikan ia sentiasa nampak kemas.

 

Kredit : www.kampusuols.com

*****

Style-style rambut sebegini banyak dikongsi di dalam buku Aku Barber karya Fendi. Pada tahun 2017, dikhabarkan Fendi telah meninggal dunia akibat penyakit yang beliau hadapi. Namun perjalanan sebagai Barber, tidak terhenti. Disambung oleh rakan-rakan beliau yang meneruskan legasi barber. Banyak kisah gembira dan duka beliau dalam perjalanan menjadi seorang barber.

BUKU BERKAITAN