"Tergamak ayah nak jual saya..."


Tergamak seorang bapa menjual anak sendiri.

 

Pada 2010 sebelum menubuhkan NGO sendiri, aku sering menyertai pergerakan NGO yang diasaskan oleh makcik aku sendiri, Yayasan Baitulrahmah. Bersama NGO ini, kami pernah membantu beberapa individu yang kesusahan.

Antara pengalaman yang tak dapat dilupakan berlaku di Pelabuhan Klang di mana kami berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun daripada dijual oleh ayah sendiri yang merupakan seorang penagih dadah. Kami ke Kampung Telok Gong untuk menyelamatkan ibu dan anak kecil ini semasa ayahnya tiada di rumah.

Malah, kami ke kilang tempat dua anak remaja mereka berkerja tetapi mereka tidak mahu pergi bersama. Mereka dibawa ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk diberi bantuan sewajarnya.

Sejak peristiwa itu, semangat sukarelawan aku semakin menebal. Aku semakin berkobar-kobar untuk menubuhkan NGO sendiri dan membantu orang lain. Sedih bila teringat kembali situasi itu, tergamak Tergamak seorang bapa menjual anak sendiri. 99 seorang ayah untuk menjual anak sendiri kerana dadah. Kadang-kadang, sama ada sedar atau tidak, kita selalu merasakan kehidupan yang dilalui begitu sukar sekali.

Ini tak cukup, itu tak cukup. Sehinggalah apabila menyertai aktiviti sukarelawan, baru sedar betapa kesusahan yang kita alami terlalu ringan dan tidak boleh dibandingkan dengan kehidupan golongan gelandangan dan asnaf.

 

 

 

 

---------------------------------

Pada suatu hari di bulan Ramadan, aku terjumpa seorang kanak-kanak yang tidur beralaskan kotak setiap malam. Saban hari dia akan menunggu kehadiran kami untuk mendapatkan makanan. Walaupun sekadar makanan biasa, itu sudah mencukupi.

Kalau bernasib baik dapatlah dia minum air kotak dan makan biskut Apollo seperti kanakkanak lain. Lebih menyedihkan, kanak-kanak ini dijaga oleh datuknya yang sudah uzur. Bayangkan kalau situasi ini berlaku kepada anak dan ayah kita. Aku tak dapat bayangkan. Ketika berjumpa dia, ada satu permintaan yang aku rasa sangat menyentuh hati.

Dikala kanak-kanak lain meminta barang permainan atau dibawa berjalan-jalan. Dia hanya meminta air susu kotak daripada aku. Itu saja. Mungkin dia rindu botol susunya? Dia taklah besar sangat, dalam lingkungan umur lima tahun ke bawah saja. Pada waktu, aku hanya membawa air kotak teh bunga. Aku gagahkan juga mencari air kotak susu yang dia inginkan.

Satu kepuasan yang amat sangat apabila melihat kanak-kanak ini minum. Aku rasa lega, tiada perasaan lebih hebat daripada perasaan ini. Itulah nasib orang-orang disisihkan. Sentiasa dianggap masyarakat arus perdana sebagai pemalas. Walhal, mereka semua adalah golongan yang tidak bernasib baik. Pastinya, mereka tidak berdoa untuk jadi seperti itu.

------------------------------------

Aku pernah melawat perkampungan orang asli di Gombak pada bulan Ramadan untuk menghantar bekalan. Di zaman moden ini, mereka masih hidup dalam serba kedaifan. Mereka mengadu tanah pusaka mereka banyak diambil oleh kerajaan dan syarikat korporat.

Kini, mereka tiada apa-apa. Bila-bila masa saja boleh diusir keluar dari tanah sendiri. Kasihan melihatkan keadaan mereka, sudahlah hidup dalam kemiskinan, diperbodohkan pula oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Mari fikirkan keadaan kita semua. Kita sentiasa tiada masa, sentiasa tak cukup duit untuk bayar hutang kereta, hutang rumah dan macam macam tanggungan lain.

------------------------------------

Sedutan kisah penuh ada di buku Aku Anak Punk yang ditulis oleh Khai Aziz (Ein Second Combat) kisah benar seorang ahli Punk.

 

BUKU BERKAITAN