terima kasih pesta buku mabopa!
Tarikh: 04 Ogos 2017 hingga 01 Mac 2018

Kolaborasi Buku Raya yang menggabungkan tiga penerbit iaitu Buku pojok, Terfaktab dan Puteh Press di Pesta Buku MABOPA yang berlangsung tempoh hari berjaya menarik perhatian pengunjung untuk memenuhi booth sepanjang lima hari event ini berlangsung.

Dengan potongan harga menarik serta pakej-pakej yang memikat, Buku Raya mendapat sambutan hebat dengan banyak tajuk-tajuk buku yang terpaksa ditambah bagi memenuhi kehendak pengunjung.

Antara buku keluaran Buku Pojok yang laris umpama goreng pisang panas adalah Dalam Bilik Darjah, Biniku Ninja, Kisah Laki Bini, Aku Anak Punk dan Setapak Dalam Gelap.

Dengan kejayaan sulung kolaborasi ini, insyaAllah kami akan meneruskan lagi kerjasama ini pada masa akan datang khusus untuk memberikan perkhidmatan dan pengalaman terbaik kepada semua pembaca.

Ikuti Buku Pojok di media sosial Facebook, Instagram dan Twitter agar anda tidak ketinggalan mengetahui update dan info terbaru kami.