gabungan buku raya bakal gegar pesta buku mabopa 2017
Tarikh: 14 Julai 2017 hingga 31 Mac 2018

Buat julung kalinya Buku Pojok bakal bersatu bersama Terfaktab dan Puteh Press untuk membentuk pakatan yang dinamakan Buku Raya. Dengan terbentuknya pakatan ini, ia diharapkan mampu memberikan kelainan dan pengalaman baru kepada ketiga-tiga pelanggan dan peminat setia buku-buku terbitan kami.

Buku Raya akan muncul dalam event pertamanya di Pesta Buku MABOPA yang akan berlangsung di MAEPS bermula 26 hingga 30 Julai ini. Seperti yang telah dijanjikan, pelanggan bakal ditawarkan dengan diskaun-diskaun hebat selain akan turut menampilkan penulis-penulis terkenal bagi memeriahkan booth Buku Raya.

Diharapkan pembaca setia kami dapat memberikan sokongan kepada gabungan Buku Raya ini sekali gus memberi peluang kepada kami untuk terus bersama-sama memberikan naskah terbaik kepada anda!