buku pojok berkampung 10 hari di jualan gudang akhir tahun 2017 karangkraf
Tarikh: 16 Oktober 2017 hingga 18 September 2018

Kepada pembaca setia Buku Pojok, jangan lepaskan peluang untuk memborong buku-buku menarik keluaran kami di Jualan Gudang Akhir Tahun 2017 Karangkraf yang akan berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam. Seperti tahun-tahun sebelum ini, pesta jualan buku ini akan berlangsung bermula 27 Oktober hingga 5 November 2017.

Sudah menjadi acara tahunan kami yang mana tidak ketinggalan menyertai program ini dengan menawarkan diskaun-diskaun menarik kepada pengunjung. Untuk jualan kali ini, pembeli juga boleh mendapatkan cendera mata eksklusif Buku Pojok yang akan dijual pada harga menarik sekali.

Selain Buku Pojok, penerbit lain yang akan turut serta adalah Alaf 21, Buku Prima, Karya Bestari dan Bestari Karangkraf. Tidak terhad kepada jualan, pelbagai aktiviti menarik jual telah dirancang untuk memeriahkan lagi event ini.

So, kepada semua pembaca Buku Pojok, jumpa kami di Jualan Gudang Akhir Tahun 2017 yang akan berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam selama 10 hari bermula pada 27 Oktober hingga 5 November 2017 dari jam 9.00 pagi hingga 7.00 malam. Jumpa di sana!