buku pojok bakal gegar pesta buku mabopa 2017
Tarikh: 06 Julai 2017 hingga 31 Mac 2018

Selepas tamatnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang berlangsung tempoh hari, Buku Pojok akan sekali lagi menawarkan diskaun-diskaun hebat di Pesta Buku MABOPA 2017 yang bakal pada 26 hingga 30 Julai ini.

Berlangsung selama empat hari, pesta buku ini menyediakan lebih daripada 100 gerai buku daripada penerbit-penerbit popular di negara ini. Buku Pojok sendiri tidak ketinggalan menawarkan harga runtuh untuk semua buku terbitan kami selain bakal memberikan banyak goodies menarik kepada pembeli bertuah.

Jadi, jangan lupa kosongkan jadual anda pada 26 hingga 30 Julai ini dan serbu Pesta Buku MABOPA yang akan berkampung di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS). Nantikan update terkini kami untuk mengetahui tawaran diskaun dan pakej-pakej menarik yang bakal ditawarkan sempena pesta buku ini. Jumpa di sana!