al-fatihah fendi. 10 quotes makan dalam aku barber
Tarikh: 13 Julai 2017 hingga 31 Mac 2018


Seperti yang diketahui sebelum ini, penulis buku Aku Barber, Fendi telah kembali ke rahmatullah baru-baru ini. Pemergiannya bukan sahaja ditangisi oleh ahli keluarga terdekat dan pelanggan-pelanggans setianya, malah turut dirasai oleh team Buku Pojok yang bersedih dengan berita ini.

Allahyarham bukan sahaja meninggalkan legasi yang cukup dikenali di Selatan tanah air, malah karya dan buah fikiran yang dikongsikan menerusi buku Aku Barber akan terus menjadi pembakar semangat kepada semua yang ingin berjaya dalam kehidupan. Tidak kiralah dalam apa juga bidang yang diceburi.

Takziah team Buku Pojok ucapkan kepada ahli keluarga Allahyarham. Semoga kuat menghadapi dugaan ini dan marilah kita berdoa agar Allahyarham tenang di sana dan sentiasa dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Berikut kami kongsikan 10 quotes yang boleh dijadikan inspirasi kepada semua untuk berjaya serta memajukan diri dalam apa juga bidang yang kita ceburi.

  • “Kau boleh memilih untuk berhenti, andai jiwa itu tiada lagi. Kau boleh pergi, andai kau rasa ada peluang hebat menanti. Pokok pangkalnya adalah HATI.”
  • "RESPECT EACH OTHER!"
  • "Bersimpang siur jalan yang ada, sehingga buntu untuk memilihnya. Jika tersalah memilih, besar pula pengalamannya. Simpan saja buat jalan yang lain pula."
  • "Kehidupan harus diteruskan. Bumi ALLAH ini luas. Hanya orang yang menghargai kehidupan ini sahaja akan merasakan setiap dugaan bukanlah pengakhiran."
  • "Kadang-kadang kita terlupa pada hari permulaan kita sehingga terlepas pandang pada yang sentiasa mendorong kejayaan kita."
  • "Buatlah sedaya mana, lakukanlah semampu mana. Tapi, jika terlupa keluarga yang kau ada, semuanya tak lagi punya makna."
  • "Sampaikanlah. Buatlah sebaiknya kerana bukan ingin dipuja tapi untuk keberkatan yang dipinta.
  • "Melakukan sesuatu memang senang. Tapi belum tentu yang dilakukan itu akan menjadi sesuatu."
  • "Nak hipster pun, Tuhan jangan lupa."
  • "Tiada istilah terbaik atau sebaliknya. Yang penting pada persembahannya dan bagaimana penerimaannya.