Tentang Kami

Buku Pojok merupakan syarikat penerbitan buku yang mula menapak ke dalam industri buku alternatif pada tahun 2015.

Mengangkat beberapa genre yang diketengahkan seperti travelog, kisah benar, human interest, seram, fiksyen isu semasa dan lain-lain.

Karya yang disajikan lebih santai, mudah, ringkas, sempoi, urban dan straight forward.

Matlamat kami adalah untuk menerapkan budaya membaca pada golongan muda remaja dengan menyajikan karya-karya yang santai tapi sarat dengan mesej positif juga bakal mengubah perspektif masyarakat.

Di samping itu juga, memberi peluang kepada anak-anak muda menceburi bidang penulisan bagi memartabatkan lagi penulisan alternatif di Malaysia mahupun antarabangsa.

Bukan karya biasa-biasa, tapi LUAR BIASA!

Pembelian online boleh dibuat melalui laman sesawang rasmi Buku Pojok, Facebook, Instagram & Twitter,  Whatsapp, ejen-ejen terpilih dan kedai-kedai buku seluruh Malaysia.